Akaun pastipulaumelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"Tidakkah anda mahu melihat anak-anak ini mendapat tempat belajar yang selesa? "

"Tidakkah anda mahu melihat anak-anak ini mendapat tempat belajar yang selesa? "
MEMERLUKAN RM300,000 UNTUK MEMBAIKPULIH BANGUNAN  INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL AGAMA PASTI DARUL ANUAR, PULAU MELAKA, KOTA BHARU 

PASTI Darul Anuar terletak di Pulau Melaka, Kota Bharu yang telah ditubuhkan pada 1963 oleh Al Marhum Tokku Nik Mat Alim, ayahanda kepada Al Marhum Tok Guru Nik Aziz. PASTI ini diasaskan 2 tahun selepas penubuhan Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar, Pulau Melaka. Sekolah ini bermula dengan 6 orang pelajar sahaja. Alhamdulillah, kini jumlah pelajar seramai 67 orang yang ditadbir oleh 3 orang guru.



Suasana Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kelas 5 Tahun


Ceramah Yang Disampaikan Oleh Jururawat Tentang Amalan Kebersihan Mulut Sambil Melakukan Demonstrasi Cara-cara Memberus Gigi Dengan Betul

Untuk pengetahuan tuan/puan, bangunan PASTI ini baru berpindah dari bangunan lama yang serba daif. Walau bagaimanapun, sumbangan kewangan ini diperlukan untuk membaiki kerosakan sedia ada dan menambah baik keadaan bangunan baru untuk keselesaan para pelajar dan guru.


 KENAPA KAMI MEMERLUKAN SUMBANGAN INI? 

PASTI Darul Anuar memerlukan bantuan dan sumbangan ini untuk membaiki beberapa kerosakan seperti tandas rosak,  cermin tingkap yang pecah di bilik guru dan kelas untuk keselesaan para pelajar dan guru. 

Pihak PASTI Darul Anuar sangat memerlukan sumbangan ini untuk menampung bajet makanan yang berkhasiat untuk para pelajar pada waktu rehat.

Pihak kami juga memerlukan sumbangan ini untuk membayar hutang dengan pembekal peralatan dan kelengkapan kelas yang telah tertunggak sekian lama.



Suasana Di Kawasan Hadapan Bangunan Pasti Darul Anuar




Laluan Ke Kelas 5 Tahun



Ruang Makan Di Tingkat Bawah




 BAGAIMANA MAHU MEMBANTU? 


Pihak PASTI Darul Anuar membuka lot sumbangan untuk penambahbaikan bangunan dengan serendah RM 30 setiap lot. Setiap lot yang dibeli boleh diniatkan untuk ibubapa atau org tersayang yang telah meninggal dunia.

Setiap sumbangan yang disumbangkan menjadi saham yang amat bernilai dan berpanjangan buat semua penderma. Jika pihak tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan, kami menyediakan pakej seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :


Pakej Bantuan Tambah Baik PASTI Darul Anuar = RM300

Pakej Bantuan Kelengkapan Kelas = RM200

Pakej Bantuan Pengurusan Sekolah = RM100

Pakej Bantuan Makanan Pelajar = RM50

Pakej Bantuan Seikhlas Hati = RM10




 Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di  Bawah : 

Bank : Bank Rakyat 
Penama Bank : Pasti Darul Anuar
No Akaun : 1110 5201 7190


Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp Ustaz Nik Ahmad Abd Ghani : +60199127171


 SEMOGA DENGAN SUMBANGAN TUAN-TUAN & PUAN-PUAN   DAPAT MEMBUAT LEBIH RAMAI PELAJAR YANG TERSENYUM   GEMBIRA 


No Pendaftaran Pertubuhan : PASTI/D .1025/PC.002


Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi : 6016-5057071 
4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.




Ada Soalan? Klik ni