Akaun pastipulaumelaka.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

"Sedekah adalah saham akhirat paling lumayan dan paling mudah dilakukan "

"Sedekah adalah saham akhirat paling lumayan dan paling mudah dilakukan "
 MEMERLUKAN DANA SEHINGGA   RM300,000  UNTUK MEMBAIKPULIH BANGUNAN INSTITUSI PENDIDIKAN AWAL AGAMA PASTI DARUL ANUAR, PULAU MELAKA, KOTA BHARU 


MARI KITA KENALI SEJARAH PASTI DARUL ANUAR

PASTI Darul Anuar terletak di Pulau Melaka, Kota Bharu yang telah ditubuhkan pada 1963 oleh Al Marhum Tokku Nik Mat Alim, ayahanda kepada Al Marhum Tok Guru Nik Aziz. PASTI ini diasaskan 2 tahun selepas penubuhan Sekolah Menengah Ugama Darul Anuar, Pulau Melaka. Sekolah ini bermula dengan 6 orang pelajar sahaja. Alhamdulillah, kini jumlah pelajar seramai 67 orang yang ditadbir oleh 3 orang guru.



Suasana Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kelas 5 Tahun


Ceramah Yang Disampaikan Oleh Jururawat Tentang Amalan Kebersihan Mulut Sambil Melakukan Demonstrasi Cara-cara Memberus Gigi Dengan Betul

Untuk pengetahuan tuan/puan, bangunan PASTI ini baru berpindah dari bangunan lama yang serba daif. Walau bagaimanapun, sumbangan kewangan ini diperlukan untuk membaiki kerosakan sedia ada dan menambah baik keadaan bangunan baru untuk keselesaan para pelajar dan guru.



 APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PAHALA BERJALAN? 

Pahala berjalan ialah pahala yang mengalir kepada kita dan berkekalan jika kita melakukan sesuatu kebajikan. Pahala ini akan berjalan walaupun kita sudah pergi meninggalkan dunia. Contoh, bersedekah, memberi ilmu, membuat kebajikan, memudahkan urusan sahabat dsb.
.
Ini juga yang disebutkan oleh Nabi ﷺ :
.
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya."

Allah juga berfirman yang bermaksud : “ Dan tolong menolonglah kamu dalam (melakukan) kebaikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu tolong menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan.”




 KENAPA KAMI MEMERLUKAN SUMBANGAN INI? 

PASTI Darul Anuar memerlukan bantuan dan sumbangan ini untuk membaiki beberapa kerosakan seperti tandas rosak,  cermin tingkap yang pecah di bilik guru dan kelas untuk keselesaan para pelajar dan guru. 

Pihak PASTI Darul Anuar sangat memerlukan sumbangan ini untuk menampung bajet makanan yang berkhasiat untuk para pelajar pada waktu rehat.

Pihak kami juga memerlukan sumbangan ini untuk membayar hutang dengan pembekal peralatan dan kelengkapan kelas yang telah tertunggak sekian lama.



Suasana Di Kawasan Hadapan Bangunan Pasti Darul Anuar




Laluan Ke Kelas 5 Tahun



Ruang Makan Di Tingkat Bawah




 BAGAIMANA MAHU MEMBANTU? 


Setiap sumbangan yang disumbangkan menjadi saham yang amat bernilai dan berpanjangan buat semua penderma. 

Jika pihak tuan/puan berminat untuk menyalurkan sumbangan, kami menyediakan pakej seperti di bawah untuk memudahkan urusan tuan/puan :

Pakej Bantuan Tambah Baik PASTI Darul Anuar = RM300

Pakej Bantuan Kelengkapan Kelas = RM200

Pakej Bantuan Pengurusan Sekolah = RM100

Pakej Bantuan Makanan Pelajar = RM50

Pakej Bantuan Seikhlas Hati = RM10




 Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CD, Boleh Bank In Ke Akaun Di  Bawah : 

Bank : Bank Rakyat 
Penama Bank : Pasti Darul Anuar
No Akaun : 1110 5201 7190


Sebarang pertanyaan boleh hubungi atau whatsapp Ustaz Nik Ahmad Abd Ghani : +60165057071


 SEMOGA DENGAN SUMBANGAN TUAN-TUAN & PUAN-PUAN   DAPAT MEMBUAT LEBIH RAMAI PELAJAR YANG TERSENYUM   GEMBIRA 



Maklumat tambahan:

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway  Toyyibpay , selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada  ANSI SYSTEMS SDN BHD . Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi :  6016-5057071 

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.


Ada Soalan? Klik ni